Tuesday, 6 November 2012

Gambar2 Fathia ber Aksi ghairah gersang

 

gambar seksi Nur FathiaKEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia

Gadai jual tubuh! Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik,gambar seksi Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat

Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui ‘ketar’ tubuhnya saat membayangkan diri

“Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelac uran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelac ur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah


“Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa

“Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada ‘kepompong’ mainan watak saya yang ‘klise’ sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya,” katanya.

Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pela curan sebaik tiba di Kuala Lumpur.


“Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu ‘camera trick’ saja sedangkan saya masih berpakaian rona ‘nude’.

Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia

“Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.

“Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang

Mengagumi dan sering menjadikan lakonan Ellie Suriaty dan Wan Maimunah sebagai rujukan, ujar gadis kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu, dia berjaya mendapatkan watak berkenaan selepas

Sempat memanjatkan rasa syukur apabila produser dan pengarah mula meyakini dirinya lasak diuji pelbagai watak sekali gus memberikannya peluang untuk menyerlahkan kemampuan.


“Saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana banyak memberikan peluang kepada saya. Bukan saja muncul di kaca televisyen tetapi juga menerusi watak yang ditawarkan.

Paling menggembirakan, drama yang dibintangi saya sebelum ini Marhabah tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Skrin 2012, Sabtu ini,” katanya.

Sebelum memasuki set penggambaran Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, itu baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Halal dan Embun Di Hujung Kelopak, kedua-duanya untuk siaran TV3.

Cinta Halal yang turut menggandingkannya bersama Fahrin Ahmad, khabarnya bakal bersiaran pada sambutan Maal Hijrah nanti. Menerusinya, anak sulung empat beradik itu membawakan watak gadis bertudung namun punya sifat ‘brutal’.


Menghala perbualan pada sisi yang lebih peribadi, Fathia, mempunyai beberapa bulan saja untuk menyempurnakan pengajian peringkat di UiTM, bagaimanapun tidak bercadang melengkapkan pengajian itu dengan mengikuti kursus Lembaga Penasihat Undang Undang (Lawyering Advisory Board/LAB).

“Bukan tidak mahu tetapi saya mahu berehat dulu, mungkin setahun kerana banyak perkara yang saya tidak mampu lakukan termasuk menolak tawaran lakonan kerana kesibukan saya sebagai pelajar.

“Justeru, saya ambil keputusan selepas tamat pengajian saya mahu berehat dulu dan melakukan sesuatu yang menjadi keutamaan saya kini. Tambahan pula, status saya yang masih bujang membolehkan saya menggunakan kesempatan ini untuk melakukan apa yang saya inginkan,” katanya seiring ketawa kecil. 

No comments:

Post a Comment