Walaupun penajaan perkahwinan yang dijanjikan kepada Qazem Nor dan
isterinya Embun telah dibatalkan oleh sebuah syarikat di saat akhir,
majlis pernikahan pasangan itu tetap berlangsung pada Sabtu lepas di
Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur .
Bagaimanapun, Qazem telah membuat laporan polis berhubung pembatalan
tersebut yang menyebabkan dia kelam-kabut untuk menguruskan segala
keperluan pernikahan dan resepsi gara-gara pembatalan itu. Qazem
dikatakan telah membuat laporan polis pada 14 Oktober lepas terhadap
Mavex Sdn. Bhd. yang menjanjikan tajaan untuk majlis resepsi Qazem yang
sepatutnya berlangsung Sabtu lepas. Disebabkan pembatalan itu, Qazem dan
Embun telah menguruskan majlis mereka sendiri, namun terpaksa
menangguhkan majlis resepsi pada tarikh cadangan mereka iaitu 3 November
di Shah Alam.
Apa pun pendapat kami tidak sewajarnya syarikat tersebut membatalkan
penajaan di saat akhir, kasihan pasangan ini yang kelam kabut mengadakan
persiapan perkahwinan mereka. Kata orang, kalau tidak pasti, jangan
berjanji. Tak gitu?
Alasan yang diberikan oleh syarikat yang juga menganjurkan sebuah
ekspo perkahwinan itu ialah dana mereka tidak mencukupi. Lagi enam
gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit gambar kepada PuncaQaseh. Sumber - http://beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment