Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari
segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh
sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh
membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing
itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana
banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya
bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh
berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan
dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum
sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas
tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan
oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan
lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya
cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan
membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi
pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu
disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti
penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan
dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan
semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan
sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan
saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh
mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan
minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf
berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan
dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan
pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak
kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh
menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah,
untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan
pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat
membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang
masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan
otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara
mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang
mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa
semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan
daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut,
tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah
s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).