Saturday, 29 September 2012

UPDATE...!!!! Keputusan Perlawanan Era Piala Malaysia 28/09/2012

Berikut adalah keputusan perlawanan Era Piala Malaysia 

ATM 3 - 2 Negeri Sembilan

Merupakan satu perlawan yang boleh dianggap sebagai salah satu perlawanan ala-ala "final" telah berlangsung di Stadium MPS Selayang. Dengan penguasaan 50-50, separuh masa pertama tamat tanpa sebarang gol.

Tahniah buat pemain Negeri Sembilan yang bermain bermati-matian untuk merapatkan jurang gol.

ERA PIALA MALAYSIA 2012
Keputusan FT:
ATM [3-2] N9

[1-0] Jayaselan 56' (ATM)
[2-0] Bruno Marteloto 62' (ATM)
[2-1] Firdaus Azizul 74' (N9)
[3-1] Hai-O 80' (ATM)
[3-2] Shakir 89' (N9)

Friday, 28 September 2012

UPDATE..!!! Legenda bola sepak negara Ghani Minhat meninggal dunia

Tan Sri Ghani Minhat

SHAH ALAM - Legenda bola sepak negara, Tan Sri Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.34 pagi tadi. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.
Pengurus Perhubungan Media Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Muhamad Aiman Aminul memberitahu Sinar Harian Online, jenazah akan dibawa ke kediamannya di 62A Pantai Indah 9/2 Putra Height dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas solat Jumaat.

"Sebenarnya selepas menjalani pintasan jantung pada Ahad lepas, keadaan Allahyarham kritikal dan berada dalam keadaan koma.
"Pagi ini keadaan Allahyarham semakin tenat dan menurut laporan doktor, saluran jantung Allahyarham mengalami kerosakan dan mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut, beliau tidak mampu bertahan,” katanya.

Tambah Aiman sepanjang hayatnya, Allahyarmah begitu aktif mengikuti setiap aktiviti bersama yayasan itu dan kali terakhir mengikuti program Yakeb adalah ketika melakukan kunjungan terhadap bekas kapten skuad Olimpik Munich 1972, Datuk M Chandran di Hospital Kuala Lumpur pada 18 September lalu bersama beberapa bekas pemain Reduan Abdullah, Datuk Khaidir Buyong, Zulkifli Norbit dan Kamarulzaman Yussoff.
“Ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar buat negara dan amat dirasai. Allahyarham terlalu rapat dan begitu aktif bersama Yakeb,” katanya.

Ghani Minhat seorang penyerang hebat yang mewakili negara pada 1956-1963 dan mewakili Selangor pada 1955-1968. Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu. Beliau dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada 1959 dan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber - Sinar Harian

Ipone 5 - Unpack


Samsung Galaxy Note II


HOT..!!! Simulator:Basic untuk Belajar DSLR





Menarik...

Kepada kawan-kawan yang sedang belajar asas kamera DLSR, Aplikasi yang menarik untuk digunakan.

Sila klik disini