Monday, 22 October 2012

HOT..!!! KANTOI : Neelofa Pakai Padded Bra Semasa Anugerah Skrin 2012...


Hahaha...Neelofa pakai padded bra...hehehehehe... Penampilan Neelofa pula pada mulanya nampak anggun dan sopan. Beliau hadir dengan baju yang penuh 'blink blink' dengan skirt putih labuh. 

Namun begitu, setelah disimbahi dengan limpahan flash dari kamera jurugambar, baju 'blink blink' Neelofa nampaknya tidak mampu 'menutup' keseluruhan tubuhnya. Biasan flash dari kamera menyebabkan bra yang dipakai Neelofa jelas kelihatan. Mujur pakai bra, kalau di Hollywood, confirm tak ada berbaju kecik lagi dah...heh!
 
Source - http://kudinstory.blogspot.com

(Gambar) Upps! Terlebih JARANG pula baju Neelofa nampaknya tuh!

Dua orang gadis jelita ini dikatakan sudah berdamai malah kelihatan mesra berbual ketika di Sidang Media Anugerah Skrin 2012. Tiada lagi persengketaan, semuanya tinggal kenangan hitam yang bakal dijadikan sempadan.

Bagus la kalau macam itu. 

Ketika di sidang media berkenaan, kelihatan Anzalna hadir dengan gaun serba hitam bersama lace labuh menutup skirt pendeknya.

Penampilan Neelofa pula pada mulanya nampak anggun dan sopan. Beliau hadir dengan baju yang penuh 'blink blink' dengan skirt putih labuh.

Namun begitu, setelah disimbahi dengan limpahan flash dari kamera jurugambar, baju 'blink blink' Neelofa nampaknya tidak mampu 'menutup' keseluruhan tubuhnya.

Biasan flash dari kamera menyebabkan bra yang dipakai Neelofa jelas kelihatan. Mujur pakai bra, kalau di Hollywood, confirm tak ada berbaju kecik lagi dah...heh!
 
Foto by BuahMulut.com
Source - http://kudinstory.blogspot.com

HOT..!! Memang Benar Itu Video Seksi Saya - Izara Aishah Hisham


KUALA LUMPUR: “Memang benar itu video seksi saya, tetapi ia dirakamkan tiga tahun yang lalu,” kata pelakon Izara Aishah Hisham, 20, mengenai penyebaran klip video dan gambar seksi dikaitkan dengannya dengan aksi ‘Cell Tango Girl’ yang kini tersebar di laman Youtube.

Menurutnya, aksi itu dirakamkan sekitar 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Univerisiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor dan dia tidak mahu hipokrit menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus-terang mengenai apa sebenarnya berlaku.

“Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya,” kata pemegang Diploma Seni Persembahan itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Menurutnya, klip video yang tersebar di Internet itu adalah rakaman ketika dia membuat projek akhir semester dan dia memegang watak utama sebagai pengemis. Izara berkata, kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Menurutnya, dia tidak menyangka video terbabit dimuat naik di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

Tahniah Pasukan Harimau Muda... - Juara Newspaper Cup, Vietnam

Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Harimau Muda kendalian Coach Ong Kim Swee atas kejayaan menjuarai Newpaper Cup. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Hazwan Bakri pada minit ke 57 menerusi tandukan. Menambah keceriaan kem negara, Penjaga Gol Malaysia, Izham Tarmizi dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Perlawanan.


Photo: TAHNIAH HARIMAU MUDA!! Juara Vietnam Newpaper Cup 2012!! 

Credit gambar: Hafizan Halim

Photo: FINAL VFF PIALA NEWSPAPER 2012

Vietnam B21 [0-1] Malaysia B21

[0-1] 57' Hazwan Bakri

Harimau Muda Juara Vietnam Piala Newspaper 2012 buat kali pertama! TAHNIAH HARIMAU MUDA!! 

Gambar dari espnstar.my - Izham Tarmizi penjaga gol terbaik Piala Newspaper.

LIKE jika anda bangga dengan prestasi anak-anak buah Ong Kim Swee, HARIMAU MUDA!!

Lagi Kes Kemalangan Maut di Saujana Utama..!!!


Lagi kes kemalangan maut yang membabitkan penunggang motosikal berlaku di persimpangan Saujana Utama, Sungai Buloh ke Shah Alam. Penunggang tersebut dikata dari arah Puncak Alam ke Shah Alam. 

Dah berapa kali Admin terdengar kes kemalangan di persimpangan ini. Dah tiba masanya pihak berkuasa merenung sejenak.... " Dah boleh buat projek baru nie.... Pasang lampu isyarat..." Takkan menunggu sehingga ada lagi kemalangan maut, baru nak buat... Sememangnya fitrah manusia, selagi takde berlaku apa-apa malapetaka, selagi itu benda yang sepatutnya dibuat... tak dibuat...

Takziah kepada keluarga arwah... Dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah....


Friday, 19 October 2012

Bergusti disebabkan Air Suam..!!!

RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa.

KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

Sumber dari: Metro

Thursday, 18 October 2012

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
 
JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.

Sumber - Sinar