Friday, 2 November 2012

HOT ! Agnes Monica Ganti Baju Diatas Pentas

 

Ini kejadian sungguhan penyanyi Agnes Monica buka baju saat bernyanyi. Buat yang belum pernah lihat foto Agnes Monica ganti kostum ini dia berita dan foto terbarunya. Pada malam persembahan “Mahakarya RCTI” memperingati ulang tahun ke-23 RCTI Agnes Monica  menyanyikan 3 lagu sekaligus yang dibawakan secara medley. 
 
Diawali dengan aksi energik Agnes membawakan lagu “Temperature” dengan kostum warna oranGe. Menjelang pergantian lagu Agnes melepaskan kostum luar warna oranGe dengan dibantu para dancer dan berganti kostum warna kuning membawakan lagu “Paralyzed” versi Inggris. Terakhir, Agnes kembali melucuti kostum mini warna kuningnya berganti dengan baju kostum coklat kulit yang ketat dan sexy. 
 
Pada performance terakhir ini Agnes Monica membawakan lagu “Shake It Off” dengan didampingi para dancer wanita yang sexy menggoda. Berikut cuplikan rAkaman foto dari malam spektakuler Mahakarya RCTI ke-23 dimana Agnes Monica ganti kostum diatas pentas
 
 
 
 
 
 

Pencuri Ambil Kesempatan Rogol Penghuni Rumah

Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila diro gol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.
 


Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja diro gol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru untuk bermalam di sana selama beberapa hari.

Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.

"Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.
“Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.
Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berkenaan kes itu.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.
"Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.

"Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran.
 
-Sinarharian

Nadia Tampil Seksi dan Kembali Selepas Berpisah

Kami yakin masih ramai peminat diluar sana akan ingat lagu Salam Untuk Kekasih nyayian oleh Nadia @ Zarina Mohd Ali ataupun lebih dikenali dengan Nadia. Apa cerita terkini penyanyi yang berasal dari Sabah ini?



Hampir 13 tahun dirinya bersembunyi dan menghilang dari arena industri muzik, benarkah Nadia kecewa dengan perjalanan seninya sehingga mengambil keputusan untuk memecilkan diri dari dunia yang penuh dengan kehibaan populariti ini.

Berkesempatan bersua muka denganya baru-baru ini menampakkan aura positif buat penyanyi yang bersuara serak basah ini. Alur senyumanya bagaikan tersembunyi kisah selama 13 tahun hilangnya dari dunia seni. Lantas crew kami bertanya kemana dirinya pergi selama ini.

Ujar Nadia menyusun bicara “Saya dulu berhenti menyanyi kerana mahu memberi tumpuan kepada urusan rumahtangga yang telah dibina pada waktu itu. Jadi saya tinggalkan dunia seni. Tapi itu dulu, sekarang sudah hampir 2 tahun saya sudah berpisah dengan bekas suami. Jadi bila dah kembali solo ni ada banyak masa untuk berkarya dan sebab itu saya membuat kemunculan semula berbekalkan sebuah lagu baru yang berjudul ‘Hanya Untukmu’.”

“Jadi kalau ada dakwaan yang mengatakan saya menyepi hampir 13 tahun dari bidang ni kerana kecewa dengan pencapaian diri sendiri itu memang tidak betullah. Tidak ada apa yang perlu saya kecewakan sepanjang bergelar artis.”


Nadia juga menjelaskan yang dia tidak ambil peduli jika kemunclan semulanya ini dipandang sepi oleh banyak pihak kerana baginya apa yang penting adalah kepuasan berkarya.

Tambahnya “Kalau ada yang suka dengan kemunculan saya Alhamdulillah, itu juga yang saya harapkan. Kalau tak ada pun tidak ada apa-apa masalah buat saya. Yang penting saya nak berkongsi karya saya. Lagipun lagu Hanya Untukmu ini adalah ciptaan saya sendiri dan ianya lain dari lagu saya sebelum ini.”

Sempat juga kami bertanya tidakkah lirik lagu ini berkisar tentang kehidupan dirinya, Nadia tidak mengiyakanya. Sebaliknya menjelaskan setiap karya yang dibuatnya adalah apa yang dilihat disekelilingnya dan mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menulis lagu tentang kisah hidupnya sepanjang 13 tahun menyepi.

Gambar seksi Wawa Zainal tersebar di Internet

Wawa Zainal atau nama sebenar, Nurul Hawa Binti Zainal Abidin merupakan pelakon dalam drama KLIK di Astro Ceria dan Drama Ana Lulu bersama Nora Danish di TV3. Wawa Zainal jugak akan menjadi pelakon utama dalam Filem Seram Sejuk yang bakal ditayangkan pada tahun 2012. 

Dalam Filem Seram Sejuk arahan Azhari Mohd Zain nanti, Wawa Zainal akan digandingkan dengan pelawak yang tidak asing lagi iaitu Angah Raja Lawak, Zul Handyblack, Eddy Afro dan ramai lagi. 

Melodi TV3 pernah membongkar gosip mengenai penyebaran gambar seksinya di internet. Pabila diterjah, katanya itu gambar lama yang diambil sendiri dan dia sendiri tak tahu macam mana gambar tu tersebar.

Biodata Pelakon Wawa Zainal
Nama sebenar: Nur Hawa Zainal Abidin
Tarikh Lahir: March 12, 1991
Asal: Lahad Datu, Sabah
Keluarga: Anak kelapan dari 11 adik-beradik
Sekolah: St. Dominic
Drama Lakonan: Ana Lu'lu
Pelakon Idola: Erra Fazira, Nurkiriah dan aktor, Que Haidar

Wednesday, 31 October 2012

Irma Hasmie Hamil, Suami Yang Mengidam

Selera suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan tiba-tiba menjadi pelik apabila kuat makan berbanding sebelumnya. Bila dicari punca mengapa suaminya menjadi begitu, rupa-rupanya ia disebabkan oleh Irma kini sudah berbadan dua!

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujar Redza kepada media.





Apa yang menarik, Redza akan sentiasa menemani isterinya ke majlis-majlis tertentu disebabkan bimbang. Kata Redza, dia khuatirkan keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.


"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," tambahnya yang amat teruja untuk bergelar seorang bapa.


Terdahulu, Irma turut memberitahu bahawa kandungannya berada di dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Tambah pelakon itu, dia cuma tidak boleh menikmati makanan seperti kebiasaannya kerana sering muntah-muntah.


"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya tersenyum.


Sumber - myartis

HOT..!! Video Seks Kedua Kim Kardashian Dijual £19 juta

..
Selebriti TV popular, Kim Kardashian terkejut selepas mendapat tahu yang rakaman video seks keduanya kini berada di pasaran dengan harga £19 juta (lebih kurang RM93,000)
Dalam rakaman 'X-rated' itu jelas menunjukkan wanita berusia 32 tahun ni bersama bekas teman lelakinya, J Ray, dengan aksi erotik yang mana ianya dilihat cukup menghairahkan berbanding video pertama mereka yang tersebar sekitar tahun 2007

"Sudah semestinya yang di dalam video itu adalah kim. Dan dia malah lebih 'mengagumkan' berbanding aksi dalam video terdahulu," kata satu sumber kepada akhbar Daily Star.

Kim dilaporkan sangat risau kalau-kalau video seks terbarunya itu akan berada di online. Pasti akan menjejaskan hubungannya dengan rapper, Kanye West.

Tambah sumber itu lagi, "Kim takut gara-gara video itu akan merosakkan hubungan beliau dengan Kanye West."

Kanye juga pernah terlibat dalam skandal video seks sendiri pada bulan September lalu. Dalam rakaman 20 minit itu memaparkan dia dan seorang wanita yang kelihatan seperti Kim Kardashian.


- mD

Pandelela Sanggup Basah Lencun Demi BigBang

..
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, sanggup basah lecun semata-mata mahu menyaksikan kumpulan idola kegemarannya, BIGBANG, di konsert BigBang Alive Galaxy Tour Live in Malaysia 2012, yang berlangung Stadium Merdeka, malam Sabtu lalu. Ya, gadis yang pernah mencipta sejarah, meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik di London 2012 ni adalah salah seorang peminat tegar kumpulan dari Korea Selatan itu. Dan anggota paling digilainya ialah G-Dragon.
Meskipun hujan lebat turun kira-kira sejam sebelum konsert bermula, Pandelela atau lebih mesra dengan panggilan Lela, berkata sepertimana peminat lain, dia bersama adik juga beberapa lagi rakan atlit sikit pun tidak berganjak dari tempat mereka. Sebaliknya dia ikut sama-sama berteriak, memanggil nama idola kegemarannya itu agar segera keluar dan memulakan persembahan.

"Saya datang waktu tu memang dah hujan, kan. Pihak penganjur memang ada sediakan baju hujan tapi disebabkan lebat sangat, tetap basah juga. Tapi saya tak kira, demi Bigbang saya sanggup berbasah. Janji saya dah ada di situ (stadium) dan memang tak sabar nak tunggu mereka keluar dan mulakan persembahan", katanya dengan nada teruja. 
..
Dia sebelum ini pernah menyaksikan persembahan tiga daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Top, GD, dan Seungri ketika di konsert Korean Music Wave yang yang berlangsung juga di stadium yang sama, tahun lalu. Dan kali ini dia lebih puas sekaligus impiannya tercapai apabila kelima-lima penghibur itu berada di depan matanya.

"Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu tapi saya gembira dan puas. Sebelum ni saya pernah saksikan tiga daripada mereka buat persembahan di sini dulu. Kali ni lima-lima ada depan mata. Memang best! Saya berdiri barisan ketiga dari hadapan pentas. Saya nampak mereka dan saya percaya mereka juga nampak saya melambai ke arah mereka.

"Dari awal sampai habis konsert, saya berdiri atas kerusi. Saya hafal semua lagu Bigbang. Saya ikut sama menyanyi. Mereka sangat hebat! Fantastik!",

"Saya suka masa Seungri buat b-box dan GD menyanyi lagu One Of The Kind dan Crayon. Masa Taeyang nak tergelincir, saya memang gelak lah! Dan saya kagum dengan dia. Walaupun  banyak kali dia nak terjatuh tapi dia tetap mahu berikan yang terbaik",

"Saya berharap Bigbang akan datang lagi pada tahun depan", ujarnya yang sudah mengikuti perkembangan kumpulan itu sejak tahun 2007 lagi.

Dalam perkembangan lain, Lela kini giat membuat persediaan bagi menyertai Kejohanan Terjun Asia di Dubai pada November ini. Selepas kejohanan itu, dia merancang mahu pergi bercuti ke Korea hujung tahun ini. Tapi sebelum itu dia juga tidak sabar mahu menyaksikan pula konsert kumpulan 2NE1 (2NE1 Global Tour 2012 concert LIVE in Malaysia) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 Disember ini.
Pandelela bersama sahabat karibnya, Tracie AngPandelela bersama sahabat karibnya, Tracie Ang
Bersama adiknya, Pici Parnia (baju biru) dan rakan-rakan.Bersama adiknya, Pici Parnia (baju biru) dan rakan-rakan.

Sumber - mD