Wednesday, 31 October 2012

HOT..!!! Chef Riz Akui Ada Masalah Dengan Ana Dahlia

..
Semalam, sebuah blog hiburan ada menulis gosip yang mendakwa chef selebriti, Chef Riz dan isterinya yang juga, Ana Dahlia, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Dan hari ini dalam laporan Kosmo! menyebut yang Chef Riz mengakui bahawa rumahtangga yang dibina bersama Ana Dahlia tidak sampai setahun itu kini dalam keadaan bergolak.

“Biasalah dalam perkahwinan, sedang lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami”

“Saya sayangkan dia dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah akan apa perkembangannya,” ujar Chef Riz.

Namun, anak kepada selebriti Chef tersohor, Chef Wan ni enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang beliau dan Ana Dahlia turun ke mahkamah syariah untuk mengambil borang permohonan cerai.

Sementara itu, difahamkan Ana Dahlia yang kini berada di set penggambaran drama Cinta Itu Milikku, enggan mengulas lanjut berhubung isu pergolakan rumah tangganya.

Sebelum ini, rumah tangga Chef Riz dan isterinya dikatakan bergolak kerana Ana didakwa kembali berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang mengganggap kontroversi itu sekadar asam garam dunia hiburan.

Chef Riz yang popular dengan program masakan MasterChef Malaysia bernikah dengan Ana pada 1 Disember tahun lepas.

Pada majlis pernikahan itu, Ana menerima wan g hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 serta sebentuk cincin.

Sumber 
- mD
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1031&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Taufan Sandy di NYC: Bagaimana Keadaan Liyana Jasmay, Jue Evans?

..
Awal pagi kelmarin, kita digemparkan dengan kejadian bencana alam, Taufan Sandy, yang membadai kota New York, Amerika Syarikat. Difahamkan akibat kejadian tersebut, semua pengangkutan awam Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik. Kejadian itu juga dilaporkan sebagai bencana alam paling terus yang melanda kota metropolitan itu.
Bagaimanapun menurut laporan berita tempatan, semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat. Termasuklah dua artis kita yang kini menetap di sana iaitu pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Evans.

Beberapa jam lalu, berdasarkan akaun Twitter Liyana Jasmay menulis, situasi di sana sangat buruk - angin kuat. walaubagaimanapun pelakon itu mengesahkan yang dia berada dalam keadaan baik. Lagipun kawasan rumahnya berada dalam zon selamat - walaupun dekat dengan laut.
..
..
Liyana Jasmay sedang menyambung pelajaran jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, sejak Julai lalu. Dia dijangka menamatkan pelajarannya sekitar Disember ini. Sekembalinya dia ke tanah air nanti, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya pada 24 Januari 2013.

Sementara itu, menerusi akaun Twitter Juliana Evans @ Jue juga mengkhabarkan kawasan tempat tinggalnya dalam keadaan baik.

Jue menyambung pelajaran dalam jurusan bidang komunikasi massa di Universiti Michigan, Midwestern, Amerika Syarikat. 
..
MD doakan semoga Liyana, Jue serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keadaan selamat. InsyaAllah.


Sumber - mD

Ameng Spring Menderita 10 Kali Sebatan




Derita 10 kali dirotan : Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang lebih setahun lalu tidak pernah menjangkakan dia akan terpisah dengan anak dan isteri akibat kesilapan diri sendiri. Namun kini Ameng akur menerima hukuman itu sebagai ingatan kepadanya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Ameng kini amat menginsafi diri beliau dan berazam akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya terhadap keluarganya selepas selesai menjalani hukumannya kelak.
“Saya sedar isteri dan anak sudah buktikan kasih saya mereka pada saya yang tidak berbelah bahagi dan ini amat menginsafkan. Saya juga sentiasa rindukan mereka,”
katanya.
Atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah dua tahun lalu Ameng telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan.
Pada hari raya korban yang lalu, Ameng telah dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis yang juga temannya termasuk Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim dan lebih penting, isteri, Sabariah Zakaria dan anak mereka, Wan Amar Haikal.
Ameng yang sangat terharu menerima kedatangan rakan-rakannya itu menceritakan kepada mereka suratan hidup yang dilaluinya sekarang membuatkan dia sentiasa bermuhasabah diri.
“Detik yang paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus. Ketika itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur. Selama seminggu saya tidak boleh berbaring. Masih terasa diseluruh denyut nadi ini betapa peritnya di rotan dan itu membuatkan saya amat menyesal dan insaf,”
katanya.
Ameng juga memberitahu selama di penjara dia menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.
“Menerusi halaqah saya dan rakan di sini belajar pelbagai perkara termasuk bertadarus, mengaji al-Quran, marhaban, nasyid dan menyertai kelas imam muda bagi memantapkan sahsiah diri mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Kami juga diwajibkan menyampaikan tazkirah selepas solat kepada rakan-rakan secara bergilir-gilir.
“Selepas keluar daripada penjara pada 2016, saya tetap akan jadi penghibur tetapi dengan cara berbeza. Jika dulu saya dikenali sebagai penyanyi pop tetapi selepas ini saya mahu jadi penghibur yang dapat memberikan mesej menyelitkan motivasi hidup dan nilai positif.
“Saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan dan bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat,”
katanya.- Info Artis @ forblogger.net

(Gambar) Lagi artis remaja perempuan nampak tali bra 'ringan-ringan' dengan teman lelaki


Mula dikenali dengan drama ‘Juvana’, Eyka Farhana, 17, kini semakin meningkat naik dipersada seni. Mungkin kerana usia yang masih muda, Eyka dilihat bersifat terbuka dan tidak segan untuk ‘memperkenalkan’ teman lelakinya di laman sosial. Mesra! Itulah yang dapat dilihat melalui foto-fotonya bersama teman lelakinya.

Bagi anda yang tidak kenal dengan Eyka, dia merupakan seorang pelakon remaja yang telah membintangi beberapa buah drama di antaranya Juvana, Sejadah Kaabah, dan juga Ramadan Terakhir. Pelakon remaja ini menjadi tumpuan apabila dia berjaya membawa watak Nadia, anak kepada makcik kantin didalam drama ‘Juvana’.



Berikut foto-foto mesra Eyka Farhana bersama teman lelaki :



Sumber - KudinStory

Neelofa dihentam dan digelar gedik kerana Meletop



Banyak respons dari peminat agak kurang menggemari pengacara rancangan terbaru Astro, Meletop.

Harap pihak Astro dapat perbaiki lagi rancangan ini dan mengambil kira respons dari orang ramai jika mahu rancangan ini terus menjadi pilihan dan berjaya seperti Melodi dan Propaganza.

 
Sumber - Hotlips

(Gambar) Aksi 'liar' hisap payu dara Nabila Huda di parti Halloween

Pelik betul dengan anak Amy Search ni. Baru sahaja reda kontroversi gambar separuh bogel beliau di sebuah majlis anugerah, kini timbul lagi gambar-gambar yang kami kira kurang senonoh sebagai gadis Melayu yang beragama Islam.

Rotikaya telah berkongsi gambar yang dimuat naik sendiri oleh Nabila Huda melalui akaun Instagramnya.

Gambar-gambar tersebut memeprlihatkan pelbagai aksi yang agak keterlaluan Nabila Huda bersama beberapa orang lagi artis-artis wanita terkenal di sebuah parti Halloween.

Parti Halloween? Adakah ini sambutan untuk umat Melayu Islam? Kenapalah mereka ini suka sangat meraikan perayaan yang langsung tidak bermanfaat malah boleh mengugat akidah?

Semakin hanyut pula kami lihat perlakuan artis-artis sekarang. Nak kena ceramah dek Ustazah Abby kot diorang ni..

Source - RotiKaya

Fida Mengaku Berkawan Rapat Dengan Zalif Sidek

Fida Ibrahim
PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat (Sepah) dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.
Fida, 26, berkata, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, sejak dua bulan lalu kerana kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.
"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya ketika ditemui mStar Online.
Mengenai keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi, Fida berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan periang.
"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.
Zalif Sidek
"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya.
Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan kesibukan kerja masing-masing.
"Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan.
"Kalau saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya bekerja dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya," luahnya.
Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar.
"Klip video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa terdekat. Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan dalam video itu nanti," tuturnya. 
MSTAR