Wednesday, 31 October 2012

Surat perlepasan Mat Yo Untuk Sertai Johor dengan gaji RM 80 ribu diTolak KAFA

pix_gal0
Kota Bharu: Pemain Terbaik Final Piala Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan tawaran lumayan Johor musim depan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan melepaskannya.

Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak. 


Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, berkata Mat Yo ada menghantar surat kepada KAFA meminta pelepasan itu, tetapi permintaannya ditolak kerana dia masih ada kontrak setahun lagi dengan Red  Warriors. 


“Kami juga masih memerlukan khidmat pemain yang menjaringkan dua daripada tiga gol final Piala Malaysia itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengakui Mat Yo kemungkinan akan membuat rayuan, tetapi setakat ini pihaknya belum menerima surat daripadanya berhubung perkara itu.

Mat Yo dikatakan menerima tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan gaji RM80,000 sebulan, malah persatuan itu sanggup menebus kontrak pemain itu yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan musim depan.

Sementara itu, Mat Yo berkata, dia menyerahkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan untuk berbincang mengenai perpindahan itu. 
Terpulang kepada keputusan yang dicapai. Kalau Kelantan lepas, saya akan pergi. Jika tidak, saya akan kekal hingga kontrak saya tamat.

Setakat ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai status rundingan pengurusan kedua-dua pasukan kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, katanya.

Ditanya mengenai penyerang import Red Warriors, Mohammed Ghaddar akan meninggalkan dikatakan selepas menerima tawaran sebuah kelab dari Dubai, Rosmadi berkata, pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan.

Ghaddar dapat tawaran sebuah kelab dari Dubai, tetapi pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menerimanya atau kekal bersama Kelantan.

Kontrak setahun Ghaddar dengan Kelantan sudah tamat dan kita sedang berbincang dengannya bagi menawarkan kontrak baru.

Namun, sekiranya kita kehilangan khidmat Ghaddar, kemungkinan kita akan mencari pemain lain untuk menggantikan tempatnya atau hanya menggunakan khidmat Keita Mandjou dalam saingan Liga Super bagi mengisi kekosongan itu, katanya.
 
- BHonline-

Mencukur Bulu kemaluan menjadi HARAM apabila..


Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.


Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.


Anas bin Malik berkata :
“Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini,
HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.


Aisyah menjawab :
“Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

New York Tenggelam dilanda Taufan Sandy

 

Semua pengangkutan awam New York, Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan berikutan ketibaan badai Taufan Sandy, yang disifatkan sebagai paling membahayakan.

Pihak berkuasa tempatan arah sistem pengangkutan ditangguhkan kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan kerosakan angin akibat taufan yang dijangka melanda pantai timur laut Amerika.

Manakala, pihak berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lima lapangan terbang di wilayah New York turut melakukan tindakan sama dengan membatalkan semua jadual penerbangan domestik dan antarabangsa mulai semalam.

“Kami jangkakan akan berlaku gangguan teruk dan berterusan sehingga Rabu,” katanya.

Sementara itu, semua pasaran saham AS juga ditutup awal semalam, bagi menghentikan segala urusan pelaburan.

Semua penduduk juga giat melakukan tebing penghalang dengan menggunakan beg pasir yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan serta menerima bantuan makanan dan minuman bagi bekalan kecemasan.

Taufan Sandy yang mengancam selatan AS, memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

 blackout di NY

 pokok tumbang di Cooper Street di East Hampton

 air membanjiri Ground Zero construction site di NYC

 banjir di  East 14th Street, Manhattan

 kawasan kediaman yang terjejas

air memasuki stesen keretapi di Hoboken PATH

Laman web perkhidmatan ramalan menunjukkan angin berkelajuan 120 kilometer sejam bakal melanda beberapa bandar di timur AS hari ini dengan purata ombak setinggi 3.4 meter. - Reuters

Jaringan Pertama Nazmi Faiz Bersama Beira Mar



Nazmi Faiz Mansor berjaya mendapatkan sentuhan gol pertamanya sejak main dengan team Beira Mar Juniores (SC Beira Mar U19).
Jaringan gol pertama Nazmi Faiz berjaya diperolehi pada minit ke 35 ketika perlawanan Beira Mar Juniores vs AC Viseu awal pagi tadi. Beira Mar Juniores berjaya menewaskan AC Viseu dengan jaringan 2-0.

Jaringan gol kedua juga adalah hasil assist daripada Nazmi pada minit ke 49 dan gol dijaringkan oleh Ricardo Tavares. SC beira Mar U19 terus mengungguli takhta Liga Remaja Divisyen 2 Portugal dengan kemenangan ini dengan 19 mata hasil daripada 6 kemenangan dan 1 seri sepanjang 7 perlawanan liga.

Wednesday, 24 October 2012

Super hot Selena Gomez santai berbikini sambil kaki terbuka luas!

Phew..kami akui kami memang ada sedikit 'soft spot' pada Selena Gomez ni dan kami tak dapat memikirkan kenapa ianya berlaku.

Ya, memang gadis ini cantik, berbakat apatah lagi dengan hanya mengenakan bikini, ianya menjadi bertambah hot!

Hmmm..mungkin secara jelasnya, tidak seperti gadis-gadis seusianya, Selena jarang dikaitkan dengan skandal-skandal yang serius dan hangat. Beliau juga jarang berparti dan berkelakuan gila-gila.

Selena hanyalah seorang gadis remaja yang nampaknya berfikiran secara waras. Ini yang menyegarkan mata memandang apabila memandangnya.

Beberapa keping foto yang diambil oleh paparazzi di Miami, Florida memperlihatkan gaya remaja Selena yang sangat releks dan santai...kecuali cara lepak kangkang yang agak melampau tu biasalah kot...nama pun gambar curik!

Kami rasa Selena punya masa depan yang cerah dalam industri hiburan ini jika beliau bijak membuat pilihan.

Foto : Izara Aishah Kini Duta Produk “Secret Garden”


Tahniah diucapkan pada pelakon Vanilla Coklat, Izara Aishah kerana baru saja dilantik sebagai duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden. Produk buatan tempatan ini telah memilih Izara secara khusus kerana penampilan Izara yang sentiasa cantik dan bertenaga.
“Beliau dipilih kerana memiliki kecantikan semulajadi, gaya hidup aktif dan mempunyai gaya tersendiri, mudah mesra, bijak dan berbakat dalam kerjaya pilihannya,” Mahmud Saidoo, Pengurus Besar Secret Garden.
Izara telah dilantik sebagai duta Secret Garden selama setahun bermula 1 September 2012 sehingga 31 Ogos 2013.
Izara dalam kenyataannya memberitahu bahawa pemilihannya sebagai duta jenama Secret Garden adalah satu penghormatan bagi dirinya.
“Saya telah menggunakan produk Secret Garden untuk sekian lama dan tidak permah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti saya akan menjadi duta jenama Secret Garden.
“Saya teruja untuk mewakili Secret Garden dalam tempoh beberapa bulan akan datang.”
Untuk pengetahuan, Secret Garden telah memperbaharui logo mereka serta melancarkan rumusan syampu baru bagi wanita. Paling menarik, Secret Garden buat pertama kalinya turut melancarkan produk yang baru untuk lelaki. Maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my.
Lagi beberapa keping foto terbaru Izara Aishah.

Source - OhBulan!


Emma Maembong Kesal Dan Minta Maaf


Gadis sunti yang memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang terindah sedikit sebanyak telah melonjakkan namanya dalam industri seni. Walaubagaimanapun, kehidupan seorang artis tidak selamanya akan indah. Pasti timbul isu panas, lebih-lebih lagi jika artis tersebut mula popular.
Menerusi Pancaindera yang diterbitkan pada Ahad lalu, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20 tahun, disifatkan sebagai seorang yang “minah propa” akibat gagal menghadiri sesi fotografi yang telah dijanjikan. Namun, setelah menemubual artis jelita itu, beliau mempertahankan diri dengan membuat penjelasan bahawa beliau lewat satu jam kerana sakit teruk, malah pihak berkenaan turut sedia maklum tentang masalah kesihatannya itu.
“Saya tidak mengenali Syed, malah saya berurusan dengan pihak lain dan kenapa pihak lain pula yang mengeluarkan cerita ini? Bagi saya, ini salah paham. Saya sakit teruk dan semua krew tahu saya sakit teruk. Benar temujanji tersebut pada pukul 11 pagi, tetapi akibat masalah kesihatan  saya terlewat 1 jam dan  12 tengah hari saya call mereka untuk datang, tetapi mereka suruh saya tak payah datang kerana makeup artis dan krew semuanya sudah balik.”
Akibat rasa serba salah, Emma meminta maaf dan ingin menggantikan kesalahannya dengan mencari makeup artis sendiri. Namun, pihak tersebut menyatakan suasana amat kelam kabut dan sesi fotografi terpaksa dibatalkan.
Bukan itu sahaja, Emma turut terkejut dan sedih dengan cerita yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, “Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada sakit jika bekerja lebih masa, namun Emma tetap gagah untuk ke temujanji Pancaindera walaupun lewat sejam dengan menawarkan makeup artist.”
Sebelum ini, beliau turut menyatakan bahawa kesemua temujanji yang dijadualkan pasti beliau akan datang tepat pada masanya dan kenyataan bahawa Emma tak memberikan makluman awal kepada mana-mana pihak adalah tak benar sama sekali. Cuma pada hari itu beliau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan rutin hariannya terganggu.
Emma turut menambah, “Kebiasaanya kalau majalah, mereka akan menunggu 2, 3 jam sampai artis datang, tetapi atas kelewatan Emma selama 1 jam kerana tidak sihat, pihak berkenaan mengatakan tak payah hadir ke sesi fotografi. Apa-apa pun, Emma tidak menyalahkan mereka malah Emma turut mengaku kesalahan yang dilakukan.”
Akhir kata Emma turut berpesan kepada si pembuat cerita supaya bertanya dahulu kepada beliau tentang masalah yang dihadapi sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kerjayanya.

Sumber - OhBulan!