Wednesday, 24 October 2012

Foto Terkini Artis Mengandung. Comelnye!!

Nampaknya tahun ini ramai artis wanita yang mengandung dan kebanyakannya adalah baru pertama kali bergelar seorang ibu.
Berikut merupakan Top 5 foto artis mengandung dan kesemuanya kelihatan sungguh comel sehingga boleh dikategorikan sebagai “Hot mummy wannabe.”
Antara lima artis ini, siapakah yang paling comel??
Fasha Sandha
Eira Syazira
Faezah Elai
Ning Baizura
Lina Teoh

Sumber - OhBulan!




Foto : Fizz Fairuz Bergambar Ala “Gangnam Style” Di Korea



Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz, 33 tahun, telah berkongsikan beberapa keping gambarnya di laman Twitter dan Instagram untuk tatapan peminat semasa dia di negara Korea.
Fizz Fairuz tampil dengan personalitinya yang tersendiri sambil bergambar ala-ala “Gangnam Style” dengan latar belakang yang menarik. Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Fizz, suasana di Korea amat ceria dan menakjubkan.
Malah, dia juga sempat bergambar bersama salah seorang wanita Korea. Fizz Fairuz juga tampil  memakai jaket tebal di malam hari akibat faktor suhu yang sejuk. Menerusi laman Twitter, dia juga sempat menjejakkan kaki di Everland theme park untuk melihat perarakan kereta berhias.
Berikut merupakan foto-foto beliau di Korea :



Fiza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan


Sebaris dengan calon-calon hebat seperti Neelofa, Anzalna dan sebagainya dalam Pertandingan Dewi Remaja 2010. Bintang kelahiran dari Pertandingan Dewi Remaja 2010 ini menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan iaitu Mohd Syahzereen Shah Shahril dalam usia yang muda. Penghijrahan besar yang dilakukan oleh selebriti jelita ini dengan berhijab sedikit sebanyak telah menyerlahkan lagi personaliti ayunya dalam bergaya.


Baru-baru ini, Hafizah Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Feez, 23 tahun, anak kedua dari empat beradik ini telah selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Dara Nurdhuha Munawwarah dan masih lagi dalam tempoh pantang. Bayi perempuan yang comel seperti ibunya itu dilahirkan melalui kaedah normal pada pukul 5.46 petang dengan berat 2.96kg. Feez kini kurang aktif dalam industri hiburan bagi menumpukan sepenuh perhatiannya  terhadap keluarga tercinta. Model ini turut berkongsi sekeping foto bayinya yang baru lahir dilaman Facebooknya iaitu “(Feez Sulaiman) Hafizah Sulaiman”.
Berikut merupakan foto-foto beliau :

Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Pemilik Lotus

Aktres jelita, Maya Karin akui dirinya masih lagi solo dan tidak menolak dakwaan sememangnya dia mempunyai ramai kawan. Akan tetapi timbul spekulasi yang mengatakan kononnya dia bencinta dengan pemilik Lotus, apabila aktres ini telah bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula satu di Singapura September lalu.
Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan.
Dengan memegang status single, Maya Karin turut akui dirinya suka meluangkan masa dengan melancong ke serata dunia dan tidak menolak berkemungkinan aktres jelita ini akan bertemu dengan sesiapa sahaja yang mungkin akan menjadi jodohnya.
Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu. Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin, biarlah ia berlaku secara semulajadi.
Sumber : Kosmo Online

HOT..!!! Foto : Fina AF9 Tindik Pusat, Kini Makin Daring?

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.
Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.
Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

“Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”
Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.
Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,”Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.”
“Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka,” tambahnya lagi.
Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.
“Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?
“Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana,” jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.
Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.
“Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok ‘live band’ dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok ‘live band’ bersama keluarga saya.”
Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,”Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana.”


“Saya Memang Nak Kahwin” – Kamal Adli Jelas Status Dengan Intan Ladyana


Tetap laku, pasangan selebriti iaitu Kamal Adly dan Intan Ladyana masih menjadi bualan para peminat walaupun keduanya belum mengumumkan lagi bilakah mereka merancang untuk berumahtangga. Keduanya sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga Kamal Adli sendiri mengaku, mereka jarang bertemu walaupun sudah lebih 3 tahun bercinta.
Majlis pelancaran drama terbaru berjudul ‘Putera Rayyan’ arahan Murali Abdullah di Restoran Rebung, Bangsar semalam memberikan kesempatan pada OHBULAN! untuk menemubual jejaka berusia 26 tahun ini yang kini popular dengan beberapa siri drama di TV3.
Kamal Adli dalam temubualnya memberitahu bahawa hubungannya bersama Intan Ladyana masih bagus dan keduanya saling sayang-menyayangi.
“Hubungan kami masih ok, tiada apa masalah pun. Saya tak curang, dia pun tak curang,” ujar Kamal dengan nada bergurau.
Ditanya bilakah dia akan masuk meminang Intan Ladyana, bekas graduan Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) ini memberitahu, “Bukan tak mahu masuk meminang, tapi saya sedang membina nama saya. Saya dengan Intan pun sudah 3 tahun. Bunyi macam dah lama, tapi kalau ikutkan, masa kami berjumpa macam baru satu tahun je.”
“Saya memang nak kahwin, tapi saya berterima kasih pada dia (Intan) sebab faham dan saya hormati dia kerana sanggup tunggu saya,” tambah Kamal lagi.
Kamal turut memberitahu, jika sampai masanya, dia akan mengumumkan pada semua jika ada berita gembira daripadanya.
“Kalau sudah ada perancangan, saya akan terus bagitahu dan saya takkan sorok dari sesiapa pun,” jelas pelakon ini lagi.
Dalam pada itu, Kamal Adli akan memegang watak utama dalam drama terbaru berjudul ‘Putera Rayyan’. Turut tampil dalam drama terbitan A. Aida Production ini ialah pelakon baru, Nad Zainal sebagai Arisa dan juga Miera Liyana sebagai Anisa.



Drama ini mengisahkan tentang Putera Rayyan yang mahu menuruti pesanan terakhir ayahnya untuk memilih salah seorang diantara 2 orang anak perempuan anak Dato’ Norman sebagai calon isterinya. Dengan bantahan dari ibunya, adakah Putera Rayyan dapat menuruti kehendak ayahnya? Apakah cara yang akan dilakukan oleh Putera Rayyan?
‘Putera Rayyan’ akan mula bersiaran pada 31 Oktober ini pada jam 10.3o malam, setiap hari Selasa & Rabu, manakala pada hari Khamis ia akan disiarkan pada jam 9.30 malam di TV3.

Source - OhBulan!

Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri


ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.

MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.

Sumber - Kosmo