Friday, 28 September 2012

MENARIK..!!!! Mahu tambah isteri? Baca ini dulu ...

Kepada yang berhajat, cerita ini mungkin boleh jadi iktibar.

Saya bukan penentang poligami. Jangan salah anggap. Kepada yang layak, saya malah mengalu-alukan. Saya cuma mendokong pegangan bahawa untuk berpoligami, syaratnya  sangat ketat.


Justeru, kalau benar berhajat, jangan fikir singkat. Kesanggupan untuk berpoligami perlu bersama kesediaan untuk menambah tanggungjawab. Poligami bukan semata-mata untuk berseronok atau memenuhi syahwat yang tiada had.


Kerana itu, sebelum buat keputusan, kena fikir masak-masak. Ambil keputusan yang tidak masak, bimbang nanti kepala sendiri yang semak. Yang sesak akan bertambah sesak.
Jika kail panjang sejengkal, jangan duga lautan dalam. Kalau tidak sanggup atau tidak ada kemampuan yang cukup, terimalah kenyataan “bahawa aku  tidak layak berpoligami!”

Seperti sudah jadi kitaran hidup, lelaki biasanya akan terfikir mengenai poligami apabila usia mencecah 40.


Kononnya umur  40 sesuai untuk  tambah ‘cawangan’. Dan untuk itu, pengurus cawangan yang baharu semestinya seorang yang mampu membawa idea-idea  kontemporari, bawa semangat baru kepada suami.


Untuk itu, calonnya mestilah muda berbanding pengurus cawangan induk yang sedia ada,. Malah ada kemungkinan jika pengurus yang baharu itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dia berpeluang cerah untuk mendominasi keseluruhan syarikat dengan tuan punya

syarikat sekali. Ini berkemungkinan besar akan berlaku dan memang sudah banyak berlaku!
Namun, untuk menguruskan banyak cawangan, bukannya mudah. Tuan punya syarikat jangan fikir, apabila usia meningkat, ini masa untuk berehat.

Apabila sudah ada tanggungjawab, mahu tidak mahu, penat tidak penat, tenaga perlu diperah. Kalau pun pengurus cawangan induk juga mahu berehat, kederat untuk cawangan yang baharu masih perlu dikerah. Kena pula yang jenis banyak kerenah!


Itulah yang dikata orang, walau berjalan dipapah, tongkat jangan patah!
Seorang kawan saya, Azmin yang berniaga ubat kuat untuk lelaki di Shah Alam menceritakan mengenai seorang lelaki berusia hampir 80 tahun dari Kedah, yang datang ke KL dengan bas semata-mata untuk beli ubat kuat.

“Pakcik itu telefon minta saya tunggu dia di stesen Jalan Duta. Selepas dapat ubat, dia naik bas balik ke Kedah. Katanya, dia tak pandai nak beli secara online lagi pun bimbang ubat tidak dihantar selepas dia bayar duit.


“Dia terpaksa buat begitu sebab ada isteri muda. Katanya bukan senang nak maintain isteri muda,” cerita Azmin.


Nah! Siapa kata lelaki tidak sanggup berkorban untuk isteri?


Namun, satu lagi kisah, saya percaya boleh jadi pengajaran yang sangat berguna bagi sesiapa yang berhajat mahu beristeri muda.


Kita sering dimomok dengan soalan sama ada masih sanggup berjaga malam, tukar lampin, bangun buat susu jika ditakdir beranak kecil dalam usia yang sepatutnya sudah boleh bersenang lenang, tidur nyenyak waktu malam. Bagaimana pula dengan cerita ini, seperti yang diceritakan kawan saya, Isa Teksi?


Kata Isa, dia kenal seorang warga emas yang setiap hari tunggu anaknya balik sekolah.


Katanya, pakcik itu dulu menunggu di kantin tetapi kebelakangan ini, dia  tunggu di tepi jalan, di luar kawasan sekolah.


“Apabila aku ajak masuk dalam teksi, dia menolak. Katanya, takut anak dia tak nampak,” cerita Isa.


Pada mulanya, kata Isa lagi, dia sangka dirinya yang tersalah dengar apabila warga emas itu menyebut ‘anak’.


“Aku tanya dia pasal apa tak tunggu di kantin macam dulu. Jaga larang masuk ka? Kata dia, bukan jaga, tapi anak dia yang tak bagi. masuk.”


Kata pakcik itu kepada Isa, ini  bermula apabila suatu hari, anaknya balik dalam keadaan marah-marah.


“Apabila ditanya ayahnya pasal apa dia marah, budak tahun dua itu kata, kawan-kawannya ejek dan gelakkan dia kerana ‘atuk’nya tidak bergigi. Bila dia terangkan kepada kawan-kawan dia, itu ayah, bukan atuknya, lagilah mereka gelakkan dia.


“Mereka malah tanya, mengapa ayah dia macam atuk?"


Sejak kejadian itu, anak warga emas itu melarang ayahnya menunggu di kantin sekolah kerana malu dan tidak mahu diejek rakan-rakannya.


Bayangkan, apa yang dirasa jika kita sendiri berada di tempat pakcik itu. Kecil hati? Sudah tentu.


Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Ini kenyataan yang perlu dihadapi jika kita, yang berusia semakin lanjut ini bercadang hendak berbini baharu dan beranak kecil.


Namun anak bukanlah beban tetapi rezeki  dan anugerah ALLAH yang perlu disyukuri biar berapa pun usia kita.


Cuma kepada sesiapa yang berhajat, buatlah persediaan.


Semoga hidup anda lebih bahagia, dunia dan akhirat!

Sumber - Sinar Harian 

Thursday, 27 September 2012

Ganjaran RM50,000 kepada skuad Rusa jika mara suku akhir

 Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bersetuju memberi ganjaran RM50,000 untuk diagih-agihkan kepada pemain skuad Rusa ekoran kejayaan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak Piala Malaysia.
  
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS ketika mengumumkan perkara itu berkata ganjaran berganda juga menanti pemain jika Negeri Sembilan mara ke peringkat separuh akhir dan akhir.
  
"Menang nanti masuk separuh akhir kita gandakan balik, masuk akhir kita gandakan lagi.....jadi ganda wang andalah jadinya sehinggalah macam tahun-tahun lepas. Kita telah berjaya menjadi juara tahun lepas dan persatuan telah mengeluarkan bonus hampir RM550,000," katanya pada majlis minum petang dengan pegawai dan pemain Negeri Sembilan di sini, hari ini.
   
Pasukan Negeri Sembilan yang dikendalikan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
  
Pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pada 5 Okt ini.

Katanya beliau gembira dengan kejayaan pasukan Negeri Sembilan melayakkan diri dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.

   
"Tahniah saya ucapkan kepada semua, daripada pengurusan, jurulatih dan pemain. Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara tunjukkan untuk pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.
  
"Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan dapat mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia musim ini dapat kita jayakan.
  
Katanya usaha mempertahan kejuaraan Piala Malaysia adalah misi pasukan itu dan semua pemain bertanggungjawab untuk bermain dengan lebih baik bagi memastikan Piala Malaysia akan kekal di negeri ini pada pusingan akhir nanti.
  
Beliau yakin pasukan Negeri Sembilan mempunyai resepi yang terbaik untuk mengekalkan kejuaraan itu.
  
"Jadi yang pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita untuk bermain sebagai satu pasukan. Kalau kita mempunyai resepi ini, Insya-Allah kita akan berjaya," katanya. - Bernama

Sumber - Sinar Harian

Perhatian!!~Nur Fatin Najiha budak terenganu Hilang,tolong sebar2 kan.!!


Sila Share Kepada Kawan-Kawan Yang Lain....
 
BUDAK PEREMPUAN HILANG! SILA SEBARKAN!
Name: NUR FATIN NAJIHA BTE IBRAHIM
Age: 17 TAHUN ( S.P.M )
I.C: 950210-04-5346
** HILANG sekitar jam 1600 ( 4ptg ) pada 25/09/2012. Berpakaian terakhir Berbaju Belang Pink/Putih,Bertudung Hitam n Berseluar Track Suit!!!
** PM in my inbox jika ada maklumat tentang wanita ini...!!!
** Hilang di kawasan Seberang Takir n sekawasan dengan nya..
** Maklumat terakhir: Masih berada di Kuala Terengganu..
Sebarang maklumat mengenai wanita ini.. sila inbox abg dia di :  https://www.facebook.com/baizura86

Bawa jantan masuk rumah sewa utk sesi latihan amali atas katil bertingkat terbongkar!

 

DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber - Sinar

Sarah Raisuddin Hamil Anak Kedua

sarah

Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi Sarah Raisuddin yang dilaporkan hamil anak kedua. Berita gembira ini telah disahkan oleh suaminya sendiri, Shuib.
Dipetik daripada portal Murai, Shuib nyata teruja dengan berita ini dan tidak menyangka isterinya akan hamil lagi setelah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Disember tahun lalu.
 
“Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama,” ujar Shuib. 
 
Berikutan berita kehamilan ini, Shuib menganggap ia sebagai hadiah hari jadi yang cukup bermakna buat dirinya dan isteri, yang masing-masing jatuh pada 12 dan 15 September lalu.
 
Shuib dan Sarah telah bernikah pada 26 Februari 2011 dan hasil pernikahan tersebut pasangan ini telah menerima cahaya mata bernama, Uwais Alqarni pada 4 Disember 2011.
Sumber - Media Hiburan

Puteri Sarah Tinggalkan Dunia Lakonan?

puteri

Pelakon drama 'Evolusi KL Drift: The Series', Puteri Sarah Liyana dikhabarkan akan meninggalkan dunia lakonan buat sementara waktu berikutan keinginannya untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang perhotelan seperti yang diingini kedua ibu bapanya.
“Sekarang ini saya dah hantar ‘resume’ di beberapa buah hotel termasuk di luar negara untuk memulakan kerja dalam dalam bidang terbabit.
 
“Saya tahu bidang lakonan ini berharga tapi saya perlu memikirkan masa depan juga selain kedua ibu bapa berharap saya dapat pekerjaan yang lebih menjamin kehidupan pada masa akan datang,” katanya.
 
Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 27 tahun ini juga menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Namun, kekangan kerja sering kali menjadi alasan untuk dia dan kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon, Ammar Alfian Aziz, 25, untuk mendapatkan tarikh yang benar-benar sesuai bagi majlis perkahwinan mereka.
 
“Bukannya kami tidak pernah berbincang mengenai perkara ini, tetapi itulah tiada satu tarikh yang benar-benar sesuai boleh dipilih buat masa sekarang disebabkan kami berdua terikat dengan jadual kerja yang padat,” ujarnya yang selesa untuk terus berkahwin tanpa perlu bertunang terlebih dahulu. 

Sumber - Media Hiburan

HOT..!!! Izara Akui Sudah Ada Teman Lelaki

izara
 
Sebelum ini ramai yang berteka-teki mengenai status pelakon baru yang sedang meningkat naik, Izara Aishah. Lalu ketika bertemu dengan semalam di majlis pelancaran produk terbaru Butik Cosry, Izara secara eksklusif memberitahu Mh Online bahawa dirinya kini sudahpun berpunya. 
 
"Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki. Usia kami hampir sebaya dan dia merupakan seorang ahli perniagaan, bukannya kerabat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. 
 
"Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang terserempak dengan Izara bersama teman lelaki. Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang membuat pelbagai spekulasi. Lebih baik rasanya cakap benda betul kerana Izara tidak mahu susah di kemudian hari. Nanti nama Izara juga yang tercemar kerana dikatakan menipu peminat," ujar Izara yang turut memberitahu mereka sudahpun berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Cuma hubungan menjadi semakin rapat selepas aktres itu tamat tingkatan lima.

Sumber - Media Hiburan