Thursday, 27 September 2012

GEMPAR!! – Bayi Lahir dengan Kaki Kambing dan Tiada Tengkuk

http://i.imgur.com/UDbWW.jpg

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini. Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

PANAS..!!! Polis tahan lelaki bantu siasatan dakwaan hina Islam di laman Facebook

Akibat daripada mengeluarkan kata-kata yang menghina Nabi Muhammad S.A.W, remaja yang betanggungjawab telah ditahan oleh pihak berkuasa. Ini berikutan pihak berkuasa menerima beberapa laporan polis. Yang peliknya, remaja tersebut telah mengeluarkan permohonan maaf melalui FBnya dan mengatakan Facebook nya telah di hack gara-gara menggunakan Internet di Cyber Cafe!!

Agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan kadar segera.



KLANG - Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. - Bernama

Sumber - Sinar Harian

Shila Amzah bangga dapat tonjol 1Malaysia kepada dunia

Shila Amza

SEPANG - Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas.
  
Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan 'Zheng Fu' oleh Na Ying.
  
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Shila berkata dia memilih tiga lagu itu untuk mempamerkan bakatnya, di samping menyerlahkan keindahan dan keunikan Malaysia.
  
“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan saya pada hari itu. Ia persembahan yang berwarna-warni. Malaysia memang berwarna-warni, itulah rasa rasa.
  
"Saya rasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya," katanya.

Pertandingan itu membariskan peserta peringkat akhir dari China, Korea, Selatan, Singapura, Thailand dan India.

  
Selepas menyampaikan lagu berbahasa Mandarin, Shila, yang pernah belajar di sekolah Cina hingga darjah dua, menawan ramai peminat.
  
Kini, penyanyi berbakat istimewa ini mendapati ada ruang untuk membawa Malaysia ke persada antarabangsa dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar kejayaan lebih besar.
  
"Saya mendapat beberapa tawaran daripada China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian," kata Shila, 22, yang melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak 12 tahun lepas.
  
Shila menasihati seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan.

"Dalam dunia ini, apa jua pekerjaan, kita jangan pernah putus asa. Walaupun kadangkala perlu menunggu untuk satu tempoh yang lama, namun apabila kejayaan dapat dikecapi, ia amat berbaloi," katanya.

  
Sementara itu, bapa Shila, penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala, berkata kemenangan itu bukan saja untuk Shila, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia yang cintakan dunia seni.
  
Katanya persembahan Shila pada pertandingan itu melambangkan keharmonian kaum di negara ini.
  
“Bila kita beri gambaran ini (keharmonian kaum) mereka sangat kagum dengan pencapaian negara ini,” katanya. - Bernama

Sumber - Sinar Harian

Santapan gadis ‘butterfly’

Santapan gadis ‘butterfly’

PUCHONG – Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di sini.

Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu.


Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej ‘butterfly’ di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit.


Gadis ‘butterfly’ itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.


Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej ‘booking’ yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan.


Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis terbabit pernah beberapa kali diserbu sebelum ini.


Beliau berkata, kali terakhir premis diserbu pada 12 dan 14 September lalu masing-masing oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu

Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Katanya, selepas pemilik pertama menghentikan operasi sejak lapan bulan lalu, pemilik kedua dikatakan kembali mengaktifkan operasi perniagaan haram itu sekali lagi.


Menurutnya, berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya melakukan pemantauan dan mendapati ia dibuka semula selepas dua kali diserbu.


“Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit.


“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang ‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.


Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.
“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Neelofa bercuti dengan Hans Isaac?

Neelofa

Hubungan antara aktres, Neelofa dan Hans Isaac, hangat diperkatakan setelah keduanya bergandingan dalam filem Lemak Kampung Santan, yang juga diarahkan oleh Hans, tahun lalu.
Semenjak itu, keduanya dilihat mesra dan rapat, biar pun menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada seorang teman.

Terbaru, nama Neelofa dan Hans kembali hangat diperkatakan setelah keduanya dikatakan bercuti bersama-sama ke Koh Samui, Thailand, hujung minggu lalu.


Neelofa yang ditemui media sebaik tamat majlis tayangan filem terbarunya, Hantu Kapcai di Cathay Cinneplax, Mutiara Damansara, kelmarin, menegaskan, dia dan Hans bercuti di tempat yang berbeza dan tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh berada di sana.


"Saya ke Phuket pada hari Ahad dan pulang pada hari Isnin, manakala Hans ke Koh Samui pada hari Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan pulang esok (Rabu).        "Hans ke sana bersama kawan-kawan golf dia dan saya pula bersama kawan-kawan saya. Kami juga langsung tidak berjumpa sepanjang berada di sana.


"Saya rasa pihak yang menyebarkan cerita ini sengaja mahu menjatuhkan kami, sedangkan Nazim Othman juga bercuti di Phuket, tapi tak ada pula pihak yang mahu membuat cerita kami bercuti berdua di sana," jelasnya.


Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu.
Aktres berusia 23 tahun ini mengakui menyesal menyampaikan perkembangannya di laman sosial Twitter kerana niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminat.

"Saya akui sedikit kesal bila niat saya untuk berkongsi perkembangan dengan peminat dimanipulasikan. Kami sebenarnya hanya berkawan baik dan kebetulan bercuti di tempat yang sama. Saya ke sana pun untuk melepaskan tekanan kerja.


"Bagaimanapun saya terima segala spekulasi ini dengan hati terbuka. Saya anggap ini adalah lumrah hidup saya sebagai orang yang dikenali," katanya.


Menyentuh tentang kerjaya seninya, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini bakal muncul dengan filem terbaru Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar di samping Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Hairul Azreen.


Selain itu, Neelofa juga akan sibuk dengan penggambaran program Nona dan dijangka memasuki set penggambaran filem Pilot Cafe hujung Oktober nanti.

Sumber : Sinar Harian 

Innocence of Muslims Actress Files Lawsuit in Federal Court

Cindy Lee Garcia, screengrab

Innocence of Muslims actress Cindy Lee Garcia isn't backing down from her fight against the movie's filmmaker.
Just a week after an L.A. judge denied Garcia's emergency request to pull the controversial movie down from the Internet, the actress refilled her case in federal court Wednesday, according to the Hollywood Reporter, this time tacking on more claims to her suit, which previously included unfair business practices, fraud and libel.
So, what's different this time?
Garcia added copyright claims to the case, is suing the hundreds of people who reposted the video on YouTube, and is also asserting that YouTube cannot "lean on the safe harbor provision of the Digital Millennium Act [to show the video] because it failed to remove the video at the behest of a copyright owner," THR reports.
This type of case isn't typical for the entertainment industry, because actors generally sign release forms that make filmmakers harmless from claims like libel. 
But Garcia's attorney says she never signed a release form.  
"It was a slipshod production," Cris Armenta told the mag. "She didn't assign copyright. We spoke to six actors [in the film] and their reps and nobody has come up with something like that. The only thing [Garcia] signed was that she would receive IMDb credits." 
Now that Garcia has filed the case in federal court, she will have to show why acting performances are copyrightable in order to win.
And it looks like she's already taken the first step to prove it.
According to the Hollywood Reporter, Armenta registered Garcia's performance at the U.S. Copyright Office, noting that the performance was not a work-made-for-hire.
Armenta recently told E! News Garcia filed her original lawsuit and request for injunction because "she wants to clear her name. She has been the subject of death threats. She did not consent to use her image or likeness in this type of production."

Source - E! Online

GOL HIGHLIGHTS: Manchester United 2-1 Newcastle United

Tom Cleverley celebrates his first goal for Manchester United with Dany Welbeck

Manchester United mara ke pusingan ke-4 didalam Capital One Cup awal pagi ini setelah menewaskan Newcastle United dengan jaringan 2-1. Anderson dan Cleverley telah menumpaskan penjaga gol Newcastle United, Elliot pada minit ke 44 dan 58 manakala gol Newcastle United dijaringkan oleh Cisse pada minit ke 62. Berikut highlight jaringan dalam game tersebut.....