Thursday, 20 September 2012

Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa


Tanggungjawab kita kepada kedua ibu dan bapa boleh di bahagikan kepada 2 keadaan sama ada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Begitu juga, tanggungjawab kita adalah berbeza mengikut peringkat umur individu tertentu.
Sekiranya ibu bapa yang masih hidup dan kita masih lagi belajar tak kira di sekolah mahu pun di unversiti, apa yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa mereka ialah dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Kebiasaannya, anak-anak yang masih belajar tidak mempunyai wang yang dapat kita berikan kepada ibu bapa, cukuplah sekadar menghadiahkan kejayaan kita kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka bangga kerana memiliki anak seperti kita.
Sekiranya sudah bekerjaya dan ibu bapa pua masih hidup, maka sememangnya sebagai anak kita perlu lah memelihara mereka dengan baik. Antara tanggungjawab yang perlu kita laksanakan ialah :
  • Menjaga mereka.
  • Jangan membebankan hidup mereka.
  • Jaga hati dan perasaan mereka.
  • Menanggung makan minum mereka tanpa syarat.
  • Beri wang untuk meringankan beban mereka.
Bila ibu bapa sudah meninggal dunia pula, kita sebagai anak masih lagi mempunyai tanggungjawab kepada mereka. Antaranya ialah :
  • Mendoakan mereka.
  • Menziarahi kubur.
  • Membayar hutang .
  • Mengqada’kan zakat dan puasa.
  • Menunaikan haji untuknya.

Majalah Denmark siar gambar separuh bogel Catherine

COPENHAGEN 20 Sept. - Majalah hiburan Denmark, Se og Hoer merancang untuk menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Catherine dalam keluarannya hari ini.
Ketua editor majalah tersebut, Kim Henningsen berkata, Se og Hoer telah mendapatkan gambar separuh bogel Catherine yang akan disiarkan dalam 16 muka surat penuh untuk keluaran hari ini.
"Pembaca kami gemar mengikuti perkembangan cara hidup kerabat diraja dan mereka mahukan kelainan. Saya juga berbangga kerana mendapat kebenaran untuk menyiarkan gambar kontroversi bakal permaisuri England," katanya. - AFP

Lindsay Lohan ditahan terlibat dalam kes langgar lari




NEW YORK 20 Sept. - Aktres Hollywood, Lindsay Lohan ditahan polis selepas terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di Manhanttan di sini semalam.
Seorang jurucakap Jabatan Polis New York berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan Lohan ditahan selepas melarikan diri sejurus melanggar pejalan kaki berusia 34 terbabit yang mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon berusia 26 tahun itu meninggalkan sebuah kelab malam di Chelsea dengan menaiki kereta Porsche Cayenne miliknya. - AFP

Bantah filem hina Islam di Masjid Jamek Kampung Baru esok

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan perhimpunan aman bagi membantah filem `Innocence of Muslims' dan tindakan sebuah majalah Perancis, `Charlie Hebdo' menerbitkan kartun memaparkan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan bogel di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat esok.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dan wakil-wakil pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) dijangka menyertai perhimpunan itu.
``Secara dasarnya, kita bersepakat dengan Dewan Pemuda Pas untuk membantah perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW namun perhimpunan dianjurkan secara berasingan bagi melicinkan urusan kawalan keselamatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda UMNO. Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan akan mengetuai perhimpunan anjuran sayap berkenaan selepas solat Jumaat esok dan mereka dijadualkan berkumpul di pekarangan bangunan Lembaga Tabung Haji di sini sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ducati Multistrada 1200S, empat dalam satu

Ducati Multistrada 1200S



Gambar dah cantik daa...... Sekali ada batu bata lak.....

Ducati Multistrada 1200S keluaran 2010 dicipta dengan reka bentuk sporty dan menampilkan konsep yang begitu menawan. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, hitam, hitam-merah dan putih dalam kategori sport touring yang terlaris di pasaran.

Motosikal berkuasa 1200cc ini mendahului masa depan dengan menggabungkan empat mod tunggangan dalam satu iaitu Urban, Touring, Sport dan Enduro bagi memberikan pengalaman menunggang tersendiri dalam setiap laluan berbeza. Penunggang hanya perlu menekan punat pada panel LCD untuk mengubah mod setiap tunggangan yang pasti akan memberi keseronokan tersendiri.

Penulis sempat mencuba semua mod berkenaan untuk merasai kelainan dan keupayaan motosikal ini. Mod Sport menyemarakkan lagi adrenalin untuk menunggang dengan kelajuan tinggi enam kelajuan versi ‘S’ dengan kuasa serta merta.
Manakala tunggangan menggunakan mod Touring juga diprogramkan untuk menghasilkan kuasa yang sama, dengan konfigurasi yang memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng.

Mod Urban menjadikan aktiviti tunggangan amat mudah ketika berada di pusat bandar. Perubahan suspensi secara automatik menjadikan ia sedikit rendah serta banyak membantu ketika melalui kesesakan. Manakala mod Enduro pula menjadikan Multistrada 1200 lebih
tangkas dan ringan. Ia memberi penunggang keupayaan untuk menyusuri laluan off-road begitu mudah dengan adanya kelembutan suspensi jenama Öhlins secara automatik.

Kerangkanya diperbuat daripada aluminium dan komponen fiber menjadikan motosikal lebih tegap, ringan dan mudah dikendalikan. Menunggang pada waktu malam tiada masalah kerana lampu LED cukup terang.

Sistem brek Brembo ABS yang canggih memberikan keyakinan ketika menunggang mahupun ketika anda melakukan brek kecemasan. Jumlah isi padu tangki minyak sebanyak 20 liter mampu menggerakkan jentera melebihi 300 kilometer.

Multistrada diperkenalkan sebagai motosikal tanpa kunci konvensional. Kunci elektronik  di dalam poket penunggang “berkomunikasi” dengan Multistrada untuk  membolehkan enjin  dihidupkan secara automatik. Selain itu, ia turut menawarkan sistem penguncian motosikal secara automatik sepenuhnya sebagai ciri-ciri keselamatan. Penunjuk kelajuan, rpm (putaran seminit), gear, jumlah jarak dan baki minyak adalah antara ciri-ciri kelebihan yang terdapat di panel LCD.

Ducati Multistrada 1200S  memang sesuai untuk anda dan pasangan menikmati keindahan dan keseronokan ketika berada di atas jalan raya. Menunggangnya  sama ada di jalan raya mahu pun off road, nyata memberikan tunggangan yang berbeza dan sebagai penunggang anda akan merasai perbezaan yang sebenar.

Perenang Malaysia dibenar seberang Selat Inggeris esok

DOVER - Selepas menunggu lebih 72 jam, perenang Malaysia akhirnya dibenar menyeberangi Selat Inggeris oleh Persekutuan Renangan dan Jurumudi Selat (CS&PF).

Pasukan berganti-ganti akan memulakan renangan sementara perenang solo Estino Taniyu dijangka berenang pagi esok kerana bot yang akan memantaunya akan digunakan untuk memantau perenang dari negara lain.
 
Pasukan seramai enam orang itu terdiri daripada Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad yang akan berenang dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis dan kembali ke Dover.
 
Mereka akan memulakan ekspedisi kira-kira 1 pagi waktu tempatan dan 8 pagi waktu Malaysia.
 
Ekspedisi yang dinamakan 'Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia' (RPSI1M) adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan  naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Angin dilaporkan bertiup antara 15 hingga 20 km sementara ombak sekitar Force 2 hingga 4.   

Suhu air ialah antara 13 hingga 15 darjah Celcius, lebih rendah dari suhu yang dijangka iaitu 16 darjah Celcius. 
  
Pasukan tersebut dijangka menghabiskan renangan dalam tempoh antara 20 hingga 25 jam.
 
Ketua Pegawai Eksekutif kelab tersebut Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin pasukan Malaysia mampu menguasai Selat Inggeris. - Bernama

Lembaga Tenaga nafi keluar kenyataan haram loket radioaktif

loket bertenaga



KUALA LUMPUR - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LEMBAGA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman pemakaian beberapa loket yang mengandungi radiokatif semula jadi.
 
Setiausaha Eksekutifnya Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman barang itu seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 5 September lalu.
 
Terdahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Presiden CAP S.M. Mohamed Idris yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.
 
"LEMBAGA, sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 sedang meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan orang awam sebelum membuat keputusan muktamad," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
 
Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian terhadap perkara ini dan bagi sesiapa yang berhasrat menggunakan loket itu, mereka hendaklah merujuk pihak pengeluar terlebih dahulu untuk tatacara pemakaiannya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihaknya kelak.
 - Bernama